Biografi Azizan Nin

Azizan muncul buat kali pertama dalam layar televisyen dalam iklan Pond's bersama Melissa Maureen Rizal yang sering disiarkan pada awal 2000-an. Kemudian beliau muncul dalam drama tempatan berbahasa Inggeris Table For Two (TV3) pada tahun 2001 dan kemudiannya berlakon dalam drama pertamanya iaitu Bulan Jadi Saksi (ntv7).

Azizan mula menjadi pengacara dalam Who Will Win (ntv7) dan Beat TV (Astro Ria).

Sepanjang kerjaya setakat awal 2007 Azizan sudah muncul dalam beberapa rancangan televisyen tempatan seperti Dengan Nama Cinta (2003), Desir Angin Dipinggir Memori, Surat Untuk Bulan (2004), Villa Cinta Daddy, Rafflesia, Selumbar Di Hati Mama (2005), Dunia Baru, Realiti dan Cinta Medik (2006).

Pada 19 Mac 2010, Zizan Nin sah bernikah dengan pembaca berita ntv7, Fazilah Hani Harun.[1]